Monday, December 12, 2011

Pertabalan YangDipertuan Agong Ke -14



Tahniah kepada Kebawah Duli yang maha mulia Tuanku Sultan Kedah , DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,diatas pertabalan sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia yg ke 14.Patik sebagai rakyat negeri di bawah payung nuangan tuanku mendoakan kesejahteraan tuanku diatas pertabalan ini. Amat berbangga dapat merasai pemerintahan Tuanku Sultan buat kali ke-2 dalam hidup .Moga Allah panjangkan usia Tuanku dan sultanah serta sekalian kaum kerabat negeri..amin..

RIWAYAT DAN SALASILAH TUANKU SULTAN KEDAH

TARIKH KEPUTERAAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.

SULTAN BERJIWA RAKYAT

Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Tuanku Sultan terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Tuanku Sultan, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda.

Tuanku Sultan juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat Baginda. Tuanku Sultan disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya.

SULTAN-SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TEMPOH MEMERINTAH

1. Sultan Al-Muzaffar Shah - 43 tahun
2. Sultan Muadzam Shah - 22 tahun
3. Sultan Muhammad Shah - 35 tahun
4. Sultan Mazzil Shah/Mathal Shah- 44 tahun
5. Sultan Mahmud Shah I - 41 tahun
6. Sultan Ibrahim Shah- 52 tahun
7. Sultan Sulaiman Shah I- 49 tahun
8. Sultan Ataullah Muhammad Shah- 50 tahun
9. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah- 29 tahun
10. Sultan Mahmud Shah II- 40 tahun
11. Sultan Mudzaffar Shah II- 56 tahun
12. Sultan Sulaiman Shah II- 23 tahun
13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah- 26 tahun
14. Sultan Muhyiddin Mansur Shah- 10 tahun
15. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah- 26 tahun
16. Sultan Ataullah Muhammad Shah II- 11 tahun
17. Sultan Abdullah Al Muadzam Shah- 8 tahun
18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I- 3 tahun
19. Sultan Muhammad Jiwa Zainal-
Adilin Muadzam Shah II 68 tahun
20. Sultan Abdullah Mukarram Shah- 19 tahun
21. Sultan Tunku Dhiauddin Raja Muda Kayang- 6 tahun
22. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II - 40 tahun
23. Sultan Zainal Rasyid Al Muadzam Shah I- 11 tahun
24. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah - 25 tahun
25. Sultan Zainal Rasyid Al Muadzam Shah II- 2 tahun
26. Sultan Abdul Hamid Halim Shah- 62 tahun
27. Sultan Badlishah - 15 tahun
28. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah- 1958- hingga kini



Almarhum Sultan Badishah bergambar dengan Tunku Sofiah serta anakanda-anakanda Baginda

info @ kdymmtuankusultan

Thursday, December 8, 2011

PEKELILING SBPA

akhirnya pekeliling SBPA kuar....bagaikan satu fenomena semasa org pakat dok tunggu pekeliling..tk penah aku tunggu pekeliling seumur aku keje kerajaan ni..1st time dok tunggu..meh pakat baca..

baca kt sini

Wednesday, December 7, 2011

INTIPATI PELAKSANAAN SBPA..FAEDAH-FAEDAHNYA......

byk betul faedah SBPA..so pk2 la nk pilih ke tidak..aku tgh pk ni...pencen 56 kena pilih jugak ke pencen 60 ni..?sapa tau tlg bgtau ek..aku tak tau nih!!

INTIPATI SBPA KT SINI

JADUAL GAJI 2012 SBPA...!!

...kuar jugak jadual gaji baru ..tp gaji bulan januari -februari jauhnye gap..so berjimat-jimat la kengkawan..

Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam


tengok sini

Sunday, December 4, 2011

Gaji SBPA...

berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Sumber dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia... melalui laman Facebooknya ..

JENGUKLAH SENDIRI KT SINI..!!

Friday, December 2, 2011

Traditional Complimentary Medicine


Hari ni tiba la masanyeee...punya la lama aku buat appoitment kt hospital putrajaya untuk massage sbb lutut aku sakit tk baik2..mula2 ingat nk pg fisio ..tp test urut dulu kot2 baik kan..hari ni start massage kt TCM..1 minggu 2x..sampai le baik..harap ok le.kalau nk urut kat luar maunye byk modal..oleh kerana ada kemudahan ni kt hospital putrajaya baik aku pegi je kat sana iaitu UNIT PERUBATAN TRADITIONAL DAN KOMPLEMENTARI...bukan setakat urut je ..acupuncture pun ada..dan macam2 lagik la... RUJUK SINI Tp nk pg sini kena la ada refer later dr doktor yg bertauliah ye..

Thursday, November 24, 2011

Kisah Bapa Kebanggan Anak-Anak...

Dah lama aku tk baca buku..tk sempat semenjak2 ni.. Sambung kisah2 lucu yg bleh dijadikan teladan.."Sharing Is Caring.."

Pada suatu hari , ketika waktu rehat ..ada la 3 orang murid ni dok berborak sesama diaorg..masing2 dok cita pasal bapak diaorg. Maklumlah ..hero utama kanak-kanak biasanya bapak mereka sendiri lah..

Murid A : "Bapa aku cukup hebat, kalau dia memanah dia boleh mengejar dan menangkap anak panah tersebut.."

Murid B : "Bapa aku lagiiii hebat...Kalau dia menembak mengguna pistol dia boleh mengejar dan menangkap semula peluru tersebut .."

Murid C : "Kedua-dua bapak kamu tak la hebat mana pun seperti bapak aku. Bapa aku yang sepatutnya habis kerja pukul 5.00 petang, kul 3.30 petang dia sudah pun berada di rumah. "


Macam tu la budak2 tk cukup umur kalau bercerita..tp budak2 ni jujur ..kadang2 lurus bendul..dia cerita mengikut ape yg berlaku padanya. So moral of the story..

" Peliharalah sifat amanah dengan baik. Setiap tindak-tanduk kita sentiasa diperhati oleh anak-anak kita. Amat malang jika amalan buruk kita tidak sekadar menjadi tatapan , malah subur menjadi ikutan mereka ketika dewasa" Agaknya ramai budak2 sekolah zaman sekarang perangai pelik2 yg tk pernah wujud zaman aku sekolah dulu ..difikirkan apakah peranan ibubapa mereka kt rumah ye..hmmm..fikir2 la ..

Sos Tiram 1M'sia (KR1M) Di tarik Balik-melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985


Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985."Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

"Keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein," katanya.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur kepada pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat," kata Liow

sumber

Friday, November 11, 2011

Rest Kejap...

Aku nk rest jap update blog..sbb aku tk sihat sgt..so no idea.. dah 1 minggu aku asyik demam panas..start from hari khamis lepas sampai la ari ni..ini pun gagahkan diri jugak kalau naik panas lgik sampai 40 macam tu ...mmg aku kena chau balik rumah la..sure mengigil2. Cite masa aku start demam..pgi la klinik kesihatan..dia check macam biasa la dapat paracetamol je kejenye..tp tk kebah2..hari ke 2 still demam panas balik suhu dalam 40* gitu..hari2 la aku kena bertahan macam tu la.makan ubat kebah jap ..lepas tu demam balik..sampi bila lak aku nk telan ubat..dah sampai tahap dh pahit ubat tu terasa dalam semua makanan le.hari ke5 aku pg check darah..klinik just check tuk denggi je..kot2 demam denggi.tp kalau demam denggi dalam beberapa hari dh kuar bintik2. Penatnya aku asyik ulang pgi balik klinik..Last no choice ..akak aku semua dah bising jgn pg klinik lg sbb bila demam panas selalu sgt nanti diaorg akan injeck..abang aku penah kena dulu demam panas doc injeck..terus macam tarik..nasib le tk jd ape2. SO sape2 demam panas jgn la bg injeck sebarangan ye..kalau dh lebih 5 hari cari la alternatif lain..jgn terlalu taksub ubat klinik jugak kadang2 kena ikhtiyar cara lain. So lepas raya haji baru ni aku pg la klinik rawatan homoepathy @ Selayang sbb dah no choice..selalu ni pun aku mmg pg situ kalau sakit ..tp memandangkan dah nk pgi tu jauh..campur kos perubatan pun mahal skit aku postpond jap . Tapi dah tk baik2 terpaksa la pg sbb dh tak tahan sakit, disitu doctor check mengunakan komputer check seluruh badan wpun sampai ke dalam2 badan kita yg paling dalam komputer tu dapat tahu sakit ape..Ubatnye pun tepat sbb komputer tu listkan terus jenis ubat yg perlu untuk rawat penyakit tu. Berbalik cita tadi..dh pegi check..doc dapat detect limfa aku bengkak sbb tu demam panas tk surut2 + effection kidney..kalau istilah demam moden kira macam demam malaria la ..betul la tu..aku tk cite pun kt doc hehe aku soh dia check je satu badan sbb nk tau sakit tang mana ..kalau aku cakap awal2 dia check tang sakit je. .. SO dia pun bg la ubat untuk di makan dalam tempoh setiap 15min abiskan ubat . dah tak sampai setengah jam panas aku makin surut..terus tk menggigil..sampai la ari ni aku da tk demam panas tiba2 lg..wpun ade lagik rasa panas sbb itu saki baki panas yg ade dalam bdan kita ubat tu baru nk reject panas kuar skit2. Agaknya apa la jd kalau aku asyik makan panadol je tanpa tahu penyakit ape.huhuhu agaknya tk baik sampai sudah sakit lain yang dapat.. Cobaaann... Doc pesan hujung2 tahun ni jgn byk aktiviti luar..cuaca tk elok ..udara kita pun da tk elok..air hujan kita pun dah tk berapa elok..berasid. Oleh itu sesiapa yg berhasrat untuk berubat cara homoepathy tanya la saya ye..akhirnye dgn ubat itu jugak la aku dh beransur baik..alhamdulillah berkat ubat doc tu. Kalau korang tgk Ratu Elizebeth tu cantik sbb dia amal homoepathy la..cun cute je muka dia kan heheheh..awek muda ..same la dgn Tun Mahadhir .sbb tu mereka kuat sbb tk de chemical dalam badan mereka..semua bahan semulajadi.mereka pengamal tegar..aku mana leh same dgn diaorg..diaorg kayo tak pe la..tiap2 bulan bleh p buat treatment.



http://www.facebook.com/pages/PUSAT-PERUBATAN-HOMEOPATHY-SELAYANG/104173019617300?sk=wall..

Wednesday, November 2, 2011

Baby Hippo Contest...


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=294284570591369&set=a.294284250591401.80792.152878094732018&type=3&theater

aku saje2 send gambar untuk bb hippo contest @ babymanja..masuk rupanye..dah lama aku send tp aku terlupa..ari ni baru teringat nk check ..hehe..tk pe la saje masuk..rezki ade ..ade la..tak de...tak de la...ape2 pun 'LIKE' my bb...tq tq...hehe

Monday, October 31, 2011

Kedai Rakyat @ Presint 5


Satu lagik kedai rakyat telah dibuka @ Presint 5 Putrajaya..berdekatan kuarters area PICC..sepetang aku mencari..akhirnya jumpa jugak..ikutkan tk tau kedai ni nk buka..oleh kerana mr husband aku dapat jemputan baru dpt tahu Kedai Rakyat akan di buka ..tp kedai ni dimiliki oleh Majlis Agama WIlayah Persekutuan.. SO far besar la skit dari kedai 1Malaysia kat KDN..boleh la..harga murah macam biasa kedai 1 Malaysia jugak..barang tu lgik byk dr kedai 1Malaysia...

Thursday, October 27, 2011

My Prince Gallery Editing @ location ..dimerata-rata tmpt.....

Hari ni byk keje..tp sempat lgik edit gambar c kecik ni..gambar c abangnye mmg tk de byk..lgik pun dia kt kg..dh lama tk edit gambar ..bila da start tak bleh stop..hehe..saje wat collection editing..






Cuti2 @ Janda Baik , Pahang..

Cuti semalam aku pg berkelah d Kg Janda Baik..1st time sampai kt situ sangat la teruja...perjalanan kalau dari putrajaya dalam 45 minit-1 jam la..kalau dr kl dalam setengah jam da sampai ..sgt la dekat...kira ikut hentian rehat genting sepah tu ..terus ikut Janda Baik..tp jalan berliku2..pening kepala aku ..masuk hutan lak tu..tp bila sampai sana sgt la cantik tmptnye..hujung thn ni insyaallah nk pg lagi..sape2 nk ikut jom ..



Perjalanan untuk ke Kg Janda Baik..yang di convoy dalam 5-6 bji kereta..jalan mmg sempit kalau selisih kete besar2 mmg kecut perut la takut tk muat...



Convoy2 sudah pun tiba ....






Ini la pemandangan tempatnye...mmg best..cuaca dan udara mmg fressshhh la..







Macam2 bekalan untuk bekelah di bawak..mmg byk la makanan ..tp semua makanan dan dan lain sehingga la ke masak di sediakan oleh kaum suami dari A-Z..ye la diaorg semua tentera ..mmg dh expert bab2 penyediaan dalam hutan mcam ni..kami tukang hidang je.heheh.. tmpt ni berdekatan dgn resort al-sakinah..kami pegi sbb mmg ada private land member kt situ so tk de la pg kt resort tu ..tp mmg cantik la resort tu..aman je tgk.. bleh tgk web ---- > http://alsakinahecoresort.blogspot.com/untuk lebih lanjut kot2 sesiapa teringin..tp kata member mmg sentiasa penuh ..tmbah2 hujung minggu n cuti..ni picture tmpt tu ...tp skit je la..nk tgk lgik detail tmpt tu bukak je web tadi..tuan empunya byk upload gambar kt situ....




Ni plan nk pg sana...



Hujung tahun im come back " Janda Baik."....tungguu..insyaallah kalau umur pjg..nk bawak c muhammad iman ..sian lak dia tk de ..balik kg ikut atuknye..kalau dia tahu sure gumbira sakan dapat main air...huhuu....

Berbasikal........






1 st time iman dapat kuar naik basikal kt luar..ini gara2 dia sakit mulut la..jd ulser..dok kt rumah asyik merengek je sakit mulut..sakit mulut...last macamana la nk bg dia stop kejap ingatan dia pada sakit mulut tu..so petang tu dah le hujan....dalam kul 6 petang baru hujan berhenti..bg tau dia nk ngi jalan2 naik basikal.. ceria la skit..bawak le dia pg tepi tasik area2 masjid sultan mizan ..bekayuh sakan le dia kat situ..hilang kejap sakit mulut tu.. so len kali dia sakit itu je la therapy dia..tp muka tu tk de la ceria pun ...masam je ..tp ok la sian dia tgh sakit ..kononye bg iman ilang tensen skit tu bawak ngi jalan2.

Monday, October 24, 2011

Cerita Petang @ Putrajaya...



Sungguh lebat hujan petang ni...baru plan nk ngi register anak kt tadika cendekiawan..kang nk bawak bb lgik..hujan oh hujan berhenti la sekejap ..kejap je..lepas tu nk hujan balik pun tk pe..hehe..dok ade keje sempat lg ambik gambar hujan..tup2 ada lak gambar 1 nie...ada manusia..cer teka ..cer teka..siapa dalam cermin tu..adakah cermin ajaib...hantu..atau dot dot dot...

Germany Falling ROSAT Satellit....

Learn about the falling ROSAT German space telescope in this SPACE.com infographic.
Source: SPACE.com: All about our solar system, outer space and exploration

Tuesday, October 18, 2011

Arnab Yang Paling Besar Di Dunia...



Cuba menarik seekor arnab yang besar seperti ini keluar dari topi. Arnab gergasi ini
berat 17 paun (7.7 kg), mempunyai telinga mengukur pada 8.2 (21 cm), dan
hampir 3,2 kaki (1 m) tinggi. Bagaimana perasaan kalau ada arnab sebesar ni kat rumah..jenuh nk bg makan le nanti ..,tetapi Guinness World Records telah berhenti menerima penyertaan kerana khuatir orang ramai lebih memberi makan haiwan kesayangan mereka.. sian sian..

Monday, October 17, 2011

Pemakluman Berkenaan SBPA ....

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen... Harap Semua Kakitangan Awam Bersabar ...huhu nampaknye lambat le nk kira gaji ni..tp HARGA BARANG semua dah naik..hampeh..hempeh..hampeh..Gaji kami tk naik lg la..sibuk je nk naik harga barang...nk untung lebih..ingat harta kita ..duit kita ...hanya amalan yg bleh di bawa ke mati.Nawaitu tu kena betul..niaga la elok2...moga tuhan murahkan rezeki lg...amin..

Thursday, October 13, 2011

'My Happiest Moment' - make happy moments last with olympus pen


Muhammad Imtiyaaz B Mohd SHokri Yang Kini berusia 7 bulan telah sihat sepenuhnya..alhamdulillah.. Moga keceriaan dirinya yang suka senyum ..gelak ..ketawa itu berpanjangan ..be happy family.. i love you tiyaz..!!

Thursday, September 29, 2011

Al kisah My Prince No 2 Masuk Wad Peadhiatric @ Hospital Putrajaya










Alkisah anakku muhd imtiyaaz..yg sekarang berusia 6 bulan..last week dia cuma selsema..tanpa demam pun..ingat itu perkara biasa pada musim sekarang ni..dengan keadaan yang jerubu..kejap hujan dan panas.. macam biasa la pegi klinik..ambik ubat. hari pertama makan ubat pada 12/9/2011 ..hari ke dua makin lama makin semput..14/9 kul 3 pg terus pg emergency kt hospital putrajaya..masa tu 1x kena NEB.. doc ckp soh balik..kitaorg pun balik la..nasib la tempoh menunggu kat emergency tak sampai 10 min je kalau untuk kanak2 . kalau lama2 maunye lgik teruk la tk bleh nafas c kecik tu tiba2 je semput ..maybe sbb selesema dia teruk ..tp tak kuar pun dr hidung ke..tu jadi teruk tu..just batuk2 non stop. so dh lepas bg NEB ..doc kata dah clear..sbb masa tu dia dh tertido letih agaknye.so balik la..siang esoknye bgn pg jd balik...So pg la balik kt emergency..asyik ulang je la kt hospital .nasib le rumah dekat dgn hospital..kalau jauh maunye penat giler dok asyik ulang alik.masa siangnye tu la dia kena masuk 4x NEB..tp tk ok2..last sya minta doc peadhiatric check .dh minta baru diaorg call doctor.baru la terhegeh2 nk ambik darah la ..nk xtray la.tp nasib doctor baik..tk jd nk marah.. hehe.sabo je la kan dugaan.so dh check semua..da ade kuman dalam darah..kena la tahan wad..dok la kt spital 6 hari ..letih tu tuhan je la yg tahu..tp lgik kesian dgn bb kena ambik darah hari2..kena masuk NEB setiap 4 jam..kena makan ubat Tamiflu yg tk sedap tu lgik sbb diaorg check sample dr dalam tekak suspek h1n1..so kena la ambik ubat h1n1 jugak selama 5 hari ..mmg la kesian..time makan ubat..time masuk gas..mmg melalak sakan le anak aku tu.Doctor semua baik2...nurse pun semua friendly belaka.. meriah tul kt wad 2C peadhiatric @ Hospital Putrajaya ..selesa byk jika nk bandingkan dgn hospital lain. alhamdulillah dh 2 hari balik..dia pun dh bertambah sihat sbb balik rumah aku bg dia madu..sbb paru2 bb tk kuat lg ..so petua org tua2 ckp elok bg madu..ni dh 2 hari aku bg ..nampak macam dh positive la perkembangan dia.amin..tq la kawan2 yg doakan moga dia cepat sembuh..hanya tuhan yg dapat membalasnya..amin..

Monday, September 19, 2011

Akhirnya . Perkahwinan Ashraf Dan Dayana ..


Sungguh cantik ..bagaikan pinang di belah dua..moga mereka berdua bahagia,, dimurahkan rezeki hingga akhir hayat..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...