Wednesday, January 25, 2012

Fakta Ribut Magnetic di Angkasa dan Kesanya Ke atas Bumi

Anatomy of Storms Ahad & Nyalaan Matahari (Infographic)


See how solar flares, sun storms and huge eruptions from the sun work in this SPACE.com infographic.
Source SPACE.com: All about our solar system, outer space and exploration





Model dari Oceanic Pentadbiran Kebangsaan dan Atmosfera menunjukkan pengusiran besar-besaran korona tiba Selasa (24 JAN) pada pukul 9 pagi EST (1400 GMT). 'Bertemu' pada 24 Jan di kesan hijau pengusiran besar-besaran korona tiba di Bumi.



Balai Cerap Suria Heliospheric (SOHO) ditangkap pengusiran besar-besaran korona (CME) dari nyalaan solar besar pada 23 Jan, 2012.



Geomagnetic ribut kuat dalam lebih daripada enam tahun ditetapkan untuk memukul medan magnet Bumi pada hari Selasa dan ia boleh menjejaskan laluan syarikat penerbangan dan grid kuasa.

Sebahagian besar atmosfera Matahari telah dilemparkan ke arah Bumi pada hari Ahad memandu zarah bertenaga solar pada kira-kira 5 juta batu sejam.

Menurut kaji cuaca, tenaga ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi berhampiran dengan Kutub Utara dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Angkasawan kapal Stesen Angkasa Antarabangsa mungkin dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian-bahagian tertentu kapal angkasa untuk mengelakkan dos yang memuncak sinaran suria, meteorologi dari pusat.

Pusat angkasa cuaca berkata intensiti ribut geomagnetic mungkin akan menjadi sederhana atau kuat, tahap dua dan tiga pada skala tahap lima, lima yang paling ekstrim.

Mungkin ini adalah salah satu tanda2 hari kiamat..dan bayangkan pada hari kiamat nanti akan lebih dasyat dari ini akan berlaku sekelip mata..sungguh insaf dan menakutkan.

Friday, January 20, 2012

NEB Again...


Sepanjang minggu ni .aku dh pg hospital da 5 kali..kira 10x NEB ..pg tadi pegi lagi..stuff emergency pun dh kenal..dah familiar lak aku and anak aku tu.. org lain pandang je asal pg cepat je masuk ke dalam..diaorg tak tau anak aku tu asthma..ade jugak org complain lepas tu asal pg je terus masuk ..diaorg lama tunggu.. Org2 yg tunggu tu pun tk baca note.."KES-KES KECEMASAN" selain dr demam biasa mmg masuk fast lane...specialy kalau asthma , budak bawah 2 tahun..and org tua 65 thun keatas di kategorikan "Fast Lane" di emergency Department @ Hospital Putrajaya. Anak aku tiyaz asyik kena NEB je minggu ni..sedih da tgk dia asyik nangis setiap kali kena NEB..tk bg tk bleh nafas lak..gara-gara selsema terus asthma..dia mmg tak bleh langsung demam selsema. . kalau musim hujan macam ni lagik la aku risau..lagi menjadi2 asthmanye. Jika hari ni atau esok tk ok lg kena ambik darah + x-tray..harap ok la wahai anakku...tak sanggup nk tgk dia masuk wad lagik.. :( so sad ..very sad...

" Ya Allah ..Kau sembuhkan la anakku Muhammad Imtiyaaz ..Amin.."

Wednesday, January 18, 2012

Simpanan emas..

Pada masa sekarang pelbagai bentuk pelaburan scam .Pada pendapat saya ..lebih baik kita membeli dan menyimpan EMAS sebagai pelaburan masa panjang kita. Cuba bayangkan jika negara kita berperang .. pergolakan yang boleh menyebabkan ekonomi kita merudum ..matawang pada masa itu tidak bernilai lagi harganya. Lagi pun menurut kajian ekonomi harga emas tidak /jarang turun sama sekali. So sesiapa ada simpanan lebih tu beli la emas.Jangan sesekali melabur didalam sistam SCAM!..siasat dahulu sebelum melabur..

JOM KITA MELABUR @
gcp gold bar

Thursday, January 12, 2012

Tangguh SBPA lagik....

Hari ni kabinet memutuskan supaya menangguh pelaksanaan SBPA..tangguh dan kaji aku setuju..jangan saja2 tangguh tp tk da apa motif jalan penyelesaian.

Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam

G MANIMARAN
January 12, 2012
SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

kredit info click

Monday, January 9, 2012

1St Day Muhammad Iman @ Sekolah Tabika Perpaduan





Hari ni adalah hari pertama iman pg sekolah..dia sekolah tadika @ bawah rumah aku je kat Fasa 8 presint 9 Putrajaya. Di situ seramai 35 org murid sahaja..still cikgu2 under control murid..Tp masa aku pegi ..rupanya ada student yg tk mandi..alahai kesianya..awat la mak bapaknye tk training soh mandi pagi..sian dia..ada yg usung anak patung..pakai baju tido pun ade..sampai ke tengahari le pakai baju tido..nyanya jer.. Iman macam biasa la..hari ni tk subuh lg dah bangun..tp dok dalam bilik air setengah jam dok main ultraman..ambik mood nk mandi la konon.." Sejuk la ummi...." hmm lambat laa aku nk ngi keje . tp nasib awal..ckp dgn dia kawan dia mandi tk sejuk pun ..baru la nk mandi..esok lak tak tau macamana..pg jemput muka macam ngantuk je..ye la dh bgn kul 5.30 ..semangat nk sekolah . jgn esok dia ilang semangat da le..harap dan mudahan baik2 belaka..moga menjadi seorang yg cerdik dan beriman..amin...

Open 2012- Visit @ North Green Zone ..

Sambut Tahun Baru 2012 kat kampung je..bercuti sakan la jugak ..sampai 1 minggu..berjalan sakan..makan sakan..semua sakan la.. tak hengat la kata org..bab makan tu mmg asyik makan dan tido je..tp badan tk besar2 pun..dok gitu jugak... hehe..aku dok rumah husband aku kt felda shuping je..sambil2 tu pg la jalan-jalan @ Padang Besar , Perlis..jalan-jalan kt tepi laut tengok "belangkas" ..hehe..yg bab tu best ..





Jalan CHuping-Padang Besar




Kat sini la dapat tgk " Belangkas "..mmg byk...sape2 nk pg bleh la..best..angin sepoi2 bahasa ..ni area kuala perlis..ape nama tmpt la tk hengat laa..sorry..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...