Tuesday, August 16, 2011



Hari ni aku buat sampul duit raya..jimat kos..simple and nice..thanks tuk azizan degreat sbb tlg cipta sampul duit raya hari ni. thanx very much..nanti aku bg duit raya ye.. sape2 nk jimat kos tu buat la sendiri..tak susah mana pun..macam A B C je..

Injection Alergik....


Minggu lepas ..pg klinik inject c Muhd Imtiyaaz 5 bulan. Dah 2 kali injek je kena alergic..masa 3 bulan tak teruk macam ini. Injek 5 bulan jd teruk pulak..sian dia..dh le tembam..dah jadi comot lak..harap cepat le baik. Apa la agaknye virus yg ada dalam ubat tu sampai gitu sekali..harap cepat le baik. So aku terpaksa la pg ambik ubat homoepathy tuk kuarkan penyakit2 tu balik. Asalkan ubat doc je jd macam tu..DUgaan..lain anak lain ujianye..Now da kurang..tunggu next month lak sure jadi balik..sabar je lah

Cinta Muka Buku


Monday, August 15, 2011

Kisah Mitos Sejarah Penjajah Portugis Untuk Di Kongsi...

Syukur hari ni di beri peluang lagi untuk aku menikmati hidup di dunia yang sementara ini..alhamdulillah...pagi2 tadi bangun sahur..sementara nk hilangkan rasa mengantuk..aku kena baca buku cerita yang best2 skit.. Pagi tadi aku baca kisah tentang penjajah postugis..Ada la jugak ilmu yg aku dapat hari ni. Kisahnya begini..
Masa dahulu setelah negeri Melaka berjaya ditawan portugis mereka masih bercita-cita besar nk menawan negeri melayu yang lain pulak. Mereka telah mengirim pengintip yang berjaya menyeledup hingga ke negeri Kedah. Laporan daripada pengintip ini menyebabkan pemimpin Portugis tidak meneruskan hasrat durjana mereka untuk menyerang negeri lain. Apa Yang Berlaku di Kedah hingga pemimpin Portugis membatalkan hasrat mereka untuk penaklukan mereka itu..????
Ni lah kisahnya..seorang pengintip Portugis yang menyamar sebagai seorang yang bisu berhenti di salah sebuah warung kopi di negeri Kedah ni. Dia hampir pengsan apabila mendengar sapaan ramai pengunjung warung itu kepadanya..Antaranya " Hang ni sapa???" " Hang bisu ka..??" " Hang nak makan apa??" " Hang nak minum apa??" " Hang mai mana ni???" " Hang nak pi mana???" macam-macam lagi sapaan mereka..biasa la orang kedah kan ramah tamah terlebih..hehe . Setelah mendengar sapaan mereka semua tadi, pengintip ini bergegas pulang dan memberi laporan detail kepada pegawai atasan serta menasihati mereka...." usahlah tuan bercita-cita hendak menawan negeri lain. Di negeri Kedah itu sahaja pun pasti kita akan kalah kerana di Melaka dulu hanya dengan lima (5) Hang sahaja yakni Hang Tuah..Hang Jebat..Hang Lekiu..Hang Kasturi dan Hang Lekir pun kita mengambil masa yang lama untuk menawan Melaka. Inikan pula kita nak berdepan dengan Hang ni sapa, Hang bisu ka, Hang nak pi mana, dan lain-lain lagi. " Demikianlah kisahnya....negeri Kedah terselamat lantaran bahasanya... hehe..begitulah kisahnya wallahua'lam. Moga Selamat Hendaknya negeri Kedah hingga akhirat..amin..

Pengajarannye... " Perkasa Bahasa Perkasa Bangsa..."

Friday, August 12, 2011

Al-kisah Cucur Udang..Cucur Kodok....

Cerita dipetang2 dalam bulan puasa ni ..baca cite pasal cucur udang ..teringat lak nk makan cucur udang nk buka posa nanti..kena ngi cari nih..

Al kisahnye dongeng teladan yang telah di baca hari ni ..
Suatu petang ketika sedang menikmati minum petang dengan hidangan teh 'o' dan cucur udang, si suami yang asyik-asyik nak cari pasal dengan isterinya berkata.. " Dah 10 biji cucur udang abang makan, seekor udang pun tak dak?? Baik bagi nama cucur tepung ja..! " Si isteri dengan selamba menjawap .. " Abang makan cucur badak di kafeteria sekor badak pun diaorang tak letak, abang tk bising pun. Bukan setakat cucur badak, abang duk makan cucur kodok di cafe tu ..sekor kodok pun tak ada, tak pernah abang complain pun.." terdiam la c suami tu.. hehehe..kena sekali ye.tu la dok complain sgt depan rezeki yg ada . makan je la ..

Pengajaran untuk kisah ni..

" Berusahalah untuk sentiasa menghargai sumbangan orang lain dan cetuskanlah sifat-sifat yang mulia ..saling hormat menghormati antara satu sama lain. Elaklah sifat negatif yang suka berleter..kerana letera itu boleh mengikis kasih sayang.."

Thursday, August 11, 2011

Kisah Takut Mati...

Semua orang takut mati... Ada satu kisah lagi yang aku terbaca selepas subuh tadi..begini ceritanya..

Seorang Bapa telah berpesan kepada kaum keluarganya seperti berikut...

Bapa : " Bila aku meninggal,kebumikanlah aku dalam sebuah kubur lama dihadapan sana."

Keluarganya : " Tanah perkuburan masih luas, kenapa mesti kami kebumi ayahanda dalam kubur lama tersebut."

Bapa : "Supaya apabila malaikat datang untuk bertanya kepadaku, dapat aku beritahu bahaya mayat ini sudah kena tanya dah!!"


Sungguh takut mati rupanya seorang bapa ni..ade ke sebegitu sekali kerana Takut Mati!

Moral Of The Story...

" Menjadi kebiasaan manusia takut akan kematian. Namun mati dimana-mana pun, mereka pasti akan di tanya berhubung dengan beberapa soalan yang standart untuk semua orang. Apabila ajal telah tiba, ia tidak akan dilengahkan walaupun sesaat."

Tuesday, August 9, 2011

Kisah Tiga Budak Hitam....

Alkisahnya macam ni...CIte ni Aku Terbaca kat dalam buku.. So Saje nk Sharing...

Ceritanya gini..Ada tiga orang budak hitam bermain di tepi pantai. Dalam kelekaan bermain, tiba2 mereka ternampak botol yang agak pelik dengan petutupnya yang bergitu kemas. Salah seorang daripada mereka cuba mencabut penutup botol tersebut. Namun gagal. Apabila yang kedua cuba membantumasih juga gagal maka ketiga-tiga mereka dengan sekuat tenaga mencabut botol itu. Ketika meraka masih terlentang di pantai itu, botol yang sudah tiada penutup itu tibe2 mengeluarkan asap yang terus membentuk suatu makhluk yang bernama jin. Jin ini kemudiannya ketawa terbahak-bahaak , Aku sudah bebas!!Aku sudah bebas..!! Rupa-rupanya jin ini bersuara " Terima kasihlah keranan membebaskan aku . Sekarang sebagai membalas jasa kamu bertiga , mintalah setiap seorang satu permintaan, aku akan cuba kabulkan. Tapi ingat, setiap seorang hanya boleh membuat satu permohonan sahaja. "
Budak Hitam pertama memberi respons, " Kalau demikian, aku minta engkau memutihkan warnaku yang hitam ini. " Sambil membaca jampi mentera , entah apa yang dibacanya namun antara yang jelas kedengaranya ialah ".....breeze,Fab,Daia,Dynamo dan Trojan ..Serbuk pencuci khas warna manusia- Zip-Zap-Zup....." budak hitam pertama itu pun terus menjadi putih. Melihat peristiwa ajaib ini, budak hitam yang kedua bertanya kepada si jin. " ada lagi ke warna yang mengatasi warna putih kawan kami ini."? Si jin menjawap .." Ada..,yakni putih melepak." " Maka jadikanlah saya putih melepak," jawap budak hitam kedua spontan ."...Breeze,Fab,Daia,Dynamo dan Trojan .."maka putih melepaklah budak hitam yang kedua hingga bersinar-sinar menyilau mata teman-temannya yang lain.
Melihat keindahan warna temannya yang kedua ini, budak hitam yang ketiga berkata kepada si jin, " Ada lagi warna putih yang lebih hebat daripada putih melepak, " Mana ada ., stok pencuci pewarna putih setakat warna putih melepak saja. Si jin menjawap balas . " kalau demikian permintaanku ialah engkau hitam semula kawan-kawanku...., Mohon budak hitam ketiga . si jin pun tanpa byk bicara membaca menteranya "...Breezr, Fab,Daia,Dynamo dan Trojan..Serbuk pencuci Khas warna manusia -Zip-Zap-Zup....., " Maka dalam sekelip mata sahaja , Kedua-dua budak hitam yang sempat putih untuk beberapa ketika tadi terus bertukar bukan sekadar hitam seperti dulu malahan metallic lagi.

Moral Of The Story... Jauhilah perasaan hasad dengki...

-END-

Friday, August 5, 2011

10 Busiest Junctions kat Dunia...




Adakah orang tahu Malaysia tergolong di antara 10 jejantas yang tersibuk di dunia...dan mempunyai 1 roundabout terbesar iaitu di Putrajaya. Bangga la kejap..tp dah hari2 dok kt putrajaya ni roundabout yang besar tu dah tak terasa besar da.. Tp time orang datang keje dan balik keje memang ia roundabout paling jam la....

rujukan artikel @ http://www.inautonews.com/10-busiest-junctions-in-the-world

Thursday, August 4, 2011

Sharing Kisah Lucu.. I'm Sorry




Pagi tadi bangun sahur sementara tunggu masuk waktu subuh, aku baca la 1 buku ni...lucu jugak kisahnye ..So nak kongsi la sedikit ikhtibar dari cite tu...al-kisahnya dalam buku tu gini...

Suatu hari..seorang dari kawasan pendalaman bersama isteri yang dikasihi pergi ke Shah Alam untuk menziarahi anak sulung mereka yang sedang belajar di Uitm . Orang desa ni wpun tinggal di sebuah kawasan terpencil tp boleh la jugak bercakap bahasa inggeris seperti i'm sorry, no..., thank you dan mengira one, two,three sampai ten. Kalau bernasib baik dia ingat sampai eleven...ok la tu kan.. Selepas menemui anaknya, kedua-dua suami isteri ini meluangkan masa bersiar-siar di kawasan Shah Alam. Di kaki lima salah sebuah kedai di Seksyen 2 itu , orang desa ni terlanggar dengan orang putih yang juga sedang menikmati keindahan kawasan berdekatan kampus Uitm bersama temannya . Pertembungan itu menyebabkan bungkusanmee yang dipegang oleh orang putih terjatuh. Sambil memungut bungkusan mee untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut, orang desa ini pun memulakan skill dialog interaksi dgn mat salleh ni la..

Orang Desa : "i'm sorry.."

Orang Putih : "i'm sorry too.."

isteri orang desa: "Abang jawaplah lagi..."

Orang Desa :(Kerana menyangka too ialah -two. Orang desa berkata..
"im sorry three"

Orang Putih : "What are you sorry for?"

Isteri Orang Desa (berbisik): " Abang , jawaplah lagi..peramah betul orang putih ni..."

Orang Desa :(Kerana sangkakan for ialah four,orang desa pun menjawap )
" I'm Sorry five.."

Teman Orang Putih : "Dear , I think this man must be sick!"

Isteri Orang Desa(berbisik) "Abang jawaplah lagi....tengok tu,teman dia pun peramah
jgk,,,,,,,

Orang Desa : (Oleh kerana ingkatkan sick ialah six . orang desa terus menjawap)
)i', sorry seven.

Teman Orang Putih :"Come on ,dear... im afraid"

Orang Desa : (Mendengar kata-kata afraid .., orang desa ini menyangka eight , lalu dia berkata) I'M sorry nine....hehehehe.


Moral Of the story ...

" Jika Ilmu Kita Sedikit, Maka Sedikitlah juga peranan yang boleh dimainkan oleh kita. Agama Islam memberi perhatian yang istimewa kepada kecemerlangan ilmu. Kedudukan ini menuntut kita memberi perhatian yang setepatnya terhadap perkembangan ilmu. Ketinggian ilmu tatkala berganding dengan kekentalan iman dan komitmen amal pasti akan membawa kita kepada kegemilangan.... " - END-

Tuesday, August 2, 2011

My Kids


Ni Combination Macam Dua Version My Kids..Macam Serupa Jer..Copy Sebijik Jer Kan Muka Diaorg Berdua Ni..Agaknya Kalau Dapat BB Girl COming Soon (Chewwaaahh ..) Cite Kalau la ..Muka Jepun Jugak pa..Same Macam Tu Cepet La Jugak Jawapnya ..Hehe.

Anak Ke DuaKu..


Assalamua'laikum...Sorry La Agak Terlambat Nk Update..Bz..Bz Memanjang..Campur Tak Sempat Nk Upload And Update Gambar Asyik Lupa Je...Ni Anak Ke 2 Saya Bernama Muhd Imtiyaaz Bin Mohd Shokri, Lahir Pada 14 Mac 2011 Di Hospital Putrajaya @ 12.10 Tgh Malam , Cuma Berat Baby Lahir Kali Ni Cuma 2.6kg Je..Je Pulak Ye Macam Ringgan Lak .Cuma Beza Dgn AbangNye Dulu 2.95kg ..Dulu Beranak Operate Sb Fetal Distress (Lemas)..Kali Ni Dapat La Merasa Beranak Normal Pulak..ALhamdulillah Semua Ok Belaka Tak De Sakit Kritikal Or Kronik Infection Cuma Kena Tahad Kad Wad 2 Hari Sbb Tekanan Darah Rendah..Tu Memang Sediaada Masa Mengandung Lg .Bersalin Kali Ni Rasa Mcam Cepat Lak..Maybe Second Baby Kot..Just 1/2 Jam Jer Sakit Bersalin ..Tak La Sakit Sgt ..Bermaksud Sakit Yg Bleh Di Tahan.Maybe Berkat Minyak Selusuh Yang Makcik Saya Buat Untuk Di Makan Dengan Nasi Setiap Hari..ALhamdulillah Ada Rezki Lagi Nanti Nak Minta Lagik La Minyak Selusuh Tu..HeHe. After Birth N Semua Prosedure Beres 1/2jam Lepas Bersalin Tu Nurse Hantar Milo 1 Mug Besar Tu ..Aduh Mmg Minum Sampai Habis La Dgn Biskut2 Siap Minta Lagik Tambah Sbb Lapar & Dahaga Sgt..Bior La Kan Dh Bayar Mahal Untuk Private Wing Kat Hospital Tu Baik Kita Minta Je Lebih ..heheheh.Tq Tuk Staff Nurse Di Wad 5A Eksekutif And Doctor Pakar Yg Telah Merawat Saya ,Wpun Booking Doc Pompuan Dapat Doc Lelaki So Far Semuanya Ok Tak Pe la ..Lain Kali Ada Rezeki Lebih Nk Booking Private Wing Kt Hospital Putrajaya Lagik La..Sbb Semuanya Selesa And Berpuas Hati Terhadap Semua Layanan ,Dan Perkhidmatan Yang Di Berikan..Tq Very Much..Sekarang Bb Muhd Imtiyaaz Dh Nak Masuk 5 Bulan Da Pun..Sekejap Jer Masa Berlalu..Tak Sedar Pun Dh Nk Masuk 5 Bulan..BB Pun Dah Boleh Meniarap Da..Tak Lama Lagik Jadi Vacum la kt Rumah Menyulur lak kan..hehe.Ok La Nanti Sambung Cite.Nk Rehat Jap ..Mata Da Ngantuk..Maklumlah Bulan Posa .. :D See You..!!

Monday, August 1, 2011

Tazkirah- Memerintah Anak Untuk Berpuasa

Sejak kecil ketika anak kita sudah kuat berpuasa, maka sudah seharusnya didorong untuk menjalankan ibadah yang mulia tersebut.

Jika sudah dilatih sejak dini, maka kelak ketika sudah baligh, ia akan mudah menjalankan ibadah puasa Ramadhan.
Dalam perkara solat, Nabi kita shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan,

مُرُوا الصَّبِىَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

"Perintahkan anak ketika ia sudah menginjak usia tujuh tahun untuk solat. Jika ia sudah menginjak usia sepuluh tahun, maka pukullah ia (jika enggan solat)." [HR. Abu Daud no. 494. Syaikh al-Albani mengatakan bahwa hadis ini Hasan Shahih]

Mengenai perintah bagi anak untuk berpuasa dijelaskan dalam riwayat berikut.

'Umar radhiyallahu anhu berkata kepada seseorang yang mabuk-mabukan di bulan Ramadhan, "Celaka engkau, perhatikanlah puasa anak-anak kita." Lantas beliau memukulnya karana ia dalam keadaan mabuk. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Shahihnya)

Imam al-Bukhari membawakan pula dalam kitab Shahihnya Bab "Puasanya Anak Kecil". Lantas beliau membawakan hadis dari ar-Rubayyi' binti Mu'awwidz. Ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus seseorang pada pagi hari di hari Asyura (10 Muharram) ke salah satu perkampungan Anshor, lantas Baginda berkata,

مَنْ أَصْبَحَ مُفْطِرًا فَلْيُتِمَّ بَقِيَّةَ يَوْمِهِ ، وَمَنْ أَصْبَحَ صَائِمًا فَلْيَصُمْ

"Barangsiapa yang tidak berpuasa di pagi hari, maka hendaklah ia menyempurnakan sisa hari ini dengan berpuasa. Barangsiapa yang berpuasa di pagi harinya, hendaklah ia tetap berpuasa." ar-Rubayyi' berkata, "Kami berpuasa setelah itu. Dan kami mengajak anak-anak kami untuk berpuasa. Kami membuatkan pada mereka mainan dari bulu. Jika saat puasa mereka ingin makan, maka kami berikan pada mereka mainan tersebut. Akhirnya mereka terus terhibur sehingga mereka menjalankan puasa hingga waktu berbuka." (HR. Bukhari no. 1960). Hadits ini menunjukkan bahwa hendaklah anak-anak dididik puasa sejak mereka kuat. Jika mereka 'merengek' ingin berbuka padahal belum waktunya, maka hiburlah mereka dengan mainan sehingga mereka terbuai. Akhirnya mereka nantinya bisa menjalankan puasa hingga waktu Maghrib.

Ibnu Battol rahimahullah berkata, "Para ulama sepakat bahwa ibadah dan berbagai kewajiban tidaklah wajib kecuali jika seseorang sudah baligh. Namun mayoritas ulama menganjurkan agar anak dilatih berpuasa dan melakukan ibadah supaya nantinya mereka tidak meninggalkannya, dan terbiasa serta mudah melakukannya ketika sudah wajib nantinya." (Syarh Al Bukhari, 7/125, Asy Syamilah)

Ibnul Mundzir rahimahullah sebagaimana dinukil oleh Ibnu Battol menyatakan, "Para ulama berselisih pendapat kapan waktu anak diperintahkan untuk berpuasa.
Al Hasan Al Bashri, Ibnu Sirin, 'Auroh, 'Atho', Az Zuhri, Qotadah dan Imam Asy Syafi'i menyatakan bahwa anak diperintahkan puasa ketika telah mampu.
Al Awza'i menyatakan bahwa jika jika anak telah mampu berpuasa tiga hari berturut-turut dan tidak lemas, maka ia sudah dibebani menjalankan ibadah puasa. ...
Ishaq berkata bahwa jika anak telah menginjak usia 12 tahun, maka ia sudah dibebani menjalankan ibadah puasa agar terbiasa.
Ibnu Al Majusyun berkata, "Jika anak telah mampu puasa, maka ia telah wajib puasa. JIka ia tidak puasa tanpa udzur dan bukan karena sakit, maka ia tetap wajib mengganti (mengqodho') puasanya.
Sedangkan Asy-hab berkata, "Disunnahkan bagi anak-anak untuk berpuasa ketika ia telah mampu." (Syarh Al Bukhari, 7/125, Asy Syamilah)

Bagusnya adalah ketika telah mampu, anak hendaklah sudah diperintahkan untuk berpuasa. Ketika ia sudah baligh dengan tanda telah haidh bagi wanita, tumbuh bulu kemaluan atau telah mimpi basah, maka ia sudah wajib untuk berpuasa.
Semoga Allah menganugerahkan pada kita anak-anak yang sholeh yang giat untuk beribadah dan berakhlak mulia.

Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.

Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.

Tetapkan Taqwa

Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.

Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...