Tuesday, October 30, 2012

DURIAN CREPE
sedap ni..semua nk makan....sape nk order sila contack No Phone YUSRA 0129026202 -boleh collect di PUTRAJAYA pada 2 NOVEMBER ( JUMAAT ).... -boleh collect di KERAMAT pada 3 NOVEMBER ( SABTU ptg).. -HARGA RM12 / BOX = 6 pcs -PAPE BLEH SMS YUS OR PM UTK TEMPAHAN ...

Monday, August 13, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

khas tuk kawan2...Minta ampun dan maaf..dari hujung rambut sampai kaki..jika terkasar bahasa...terguris hati...moga semua kawan2 selamat sampai ke kampung halaman...dan beraya bersama org tersayang....bila korang balik raya...????mode nk balik raya 16/8/2012 da nih..


Friday, April 13, 2012

@ CARREFOUR

Pada Suatu Hari....Iman N Aku Pg Carrefour...Tiba-tiba ada suatu pengumuman ...

Customer service annaounce :.."Di sini ada satu pengumuman..ada sorang kanak-kanak perempuan telah dijumpai , dengan memaikai baju berwarna kuning..sesiapa kehilangan anak sila datang ke kaunter perkhidmatan pelanggan dgn segera. "...

Iman ...: "Apa tu ummi???"..

Aku.... : "Ada budak hilang..mak dia tertinggal.."

Iman... : "Hilang mana...?"

Aku ... : "Hilang kt dalam carrefour la iman sbb dia main2..tk dengar ckp ummi dia..ramai org jahat.."

Iman... : jawapan Iman .. "Iman tak hilang pun..ummi..."

Aku... : hmmmm...(dalam hati tahu pun makna hilang tu ape..)..

Thursday, March 15, 2012

Putrajaya International Hot Balloon 2012

Will Start From 15 March 2012 - 18 March 2012..

Ballonist Shape & Profile



Profile : Filip Audenaert from BELGIUM



Profile : Benoit Simeons from BELGIUM




Profile : Guido Foullois From GERMAN


Profile : BENEDICT SAVIO (INDIA)



Profile : Nguyen Dinh Thien (VIETNAM)



Profile :FRANCIS GODFREY PRELL (USA)



Profile : MOHD SOBRI (MALAYSIA)



Profile :ADRIAN HELD (SWITZERLAND)



Profile :Nguyen Cong Luan (VIETNAM)









View from opis..tak yah susah2 pg tgk..


Dan Macam2 lagi....jom naik belon..tp gayat le..grrrrrr .....
Link Info...--- > http://www.myballoonfiesta.com/visitors-guideline.html

Monday, March 12, 2012

Cuti2 @ Janda Baik , Pahang..Part 2

Lama tk update My blog..sorry la ..tk sempat..+ no ideass..+ Bz...
Baru2 ni ngi famil day kt Janda Baik for the 2nd time..family day mr husband punya opis trip..best ..tido sana..sejuk...nyaman je...




Baru je pagi ari tu okey je jambatan nih..kali ke 2 pegi da roboh..sbb air sungai naik ari tu + deras..kena batang pokok besar terus roboh..nasib ade lg 1 jambatan..kalau tk kena berenang la kami.. :)






Resort Al-sakinah...







Iman suka dapat berjimba kat sana kali ni...pagi2 subuh da ajak ngi mandi sungai..tk takut sejuk tul...






Aktiviti santai2 makan angin kt Janda Baik...bestnya kalau kampung kt sini..!

Thursday, February 9, 2012

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan , Kuala Gandah



PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG

Rombongan cik kiah kali ni pegi melawat Gajah @ Kuala Gandah ,Pahang..perjalanan dari Putrajaya- Kuala Gandah Mengambil masa dalam 2-3 jam jugak la. Best Jugak sesekali p tgk gajah nih...ada lebih 10 ekor gajah masa aku pegi..paling tua tak salah aku umurnya 75 atau 77 tahun..gajah tu mmg besar gedabak..terkujat aku bila lalu sebelah lari lintang pukang..serammm..

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
.
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.
.
Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah.

Gajah di Pusat Pemuliharaan

Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.

Gajah Asia

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Pencerobohan ini menyebabkan kerugian pihak terbabit. Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.







.

Wednesday, January 25, 2012

Fakta Ribut Magnetic di Angkasa dan Kesanya Ke atas Bumi

Anatomy of Storms Ahad & Nyalaan Matahari (Infographic)


See how solar flares, sun storms and huge eruptions from the sun work in this SPACE.com infographic.
Source SPACE.com: All about our solar system, outer space and exploration





Model dari Oceanic Pentadbiran Kebangsaan dan Atmosfera menunjukkan pengusiran besar-besaran korona tiba Selasa (24 JAN) pada pukul 9 pagi EST (1400 GMT). 'Bertemu' pada 24 Jan di kesan hijau pengusiran besar-besaran korona tiba di Bumi.



Balai Cerap Suria Heliospheric (SOHO) ditangkap pengusiran besar-besaran korona (CME) dari nyalaan solar besar pada 23 Jan, 2012.



Geomagnetic ribut kuat dalam lebih daripada enam tahun ditetapkan untuk memukul medan magnet Bumi pada hari Selasa dan ia boleh menjejaskan laluan syarikat penerbangan dan grid kuasa.

Sebahagian besar atmosfera Matahari telah dilemparkan ke arah Bumi pada hari Ahad memandu zarah bertenaga solar pada kira-kira 5 juta batu sejam.

Menurut kaji cuaca, tenaga ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi berhampiran dengan Kutub Utara dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Angkasawan kapal Stesen Angkasa Antarabangsa mungkin dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian-bahagian tertentu kapal angkasa untuk mengelakkan dos yang memuncak sinaran suria, meteorologi dari pusat.

Pusat angkasa cuaca berkata intensiti ribut geomagnetic mungkin akan menjadi sederhana atau kuat, tahap dua dan tiga pada skala tahap lima, lima yang paling ekstrim.

Mungkin ini adalah salah satu tanda2 hari kiamat..dan bayangkan pada hari kiamat nanti akan lebih dasyat dari ini akan berlaku sekelip mata..sungguh insaf dan menakutkan.

Friday, January 20, 2012

NEB Again...


Sepanjang minggu ni .aku dh pg hospital da 5 kali..kira 10x NEB ..pg tadi pegi lagi..stuff emergency pun dh kenal..dah familiar lak aku and anak aku tu.. org lain pandang je asal pg cepat je masuk ke dalam..diaorg tak tau anak aku tu asthma..ade jugak org complain lepas tu asal pg je terus masuk ..diaorg lama tunggu.. Org2 yg tunggu tu pun tk baca note.."KES-KES KECEMASAN" selain dr demam biasa mmg masuk fast lane...specialy kalau asthma , budak bawah 2 tahun..and org tua 65 thun keatas di kategorikan "Fast Lane" di emergency Department @ Hospital Putrajaya. Anak aku tiyaz asyik kena NEB je minggu ni..sedih da tgk dia asyik nangis setiap kali kena NEB..tk bg tk bleh nafas lak..gara-gara selsema terus asthma..dia mmg tak bleh langsung demam selsema. . kalau musim hujan macam ni lagik la aku risau..lagi menjadi2 asthmanye. Jika hari ni atau esok tk ok lg kena ambik darah + x-tray..harap ok la wahai anakku...tak sanggup nk tgk dia masuk wad lagik.. :( so sad ..very sad...

" Ya Allah ..Kau sembuhkan la anakku Muhammad Imtiyaaz ..Amin.."

Wednesday, January 18, 2012

Simpanan emas..

Pada masa sekarang pelbagai bentuk pelaburan scam .Pada pendapat saya ..lebih baik kita membeli dan menyimpan EMAS sebagai pelaburan masa panjang kita. Cuba bayangkan jika negara kita berperang .. pergolakan yang boleh menyebabkan ekonomi kita merudum ..matawang pada masa itu tidak bernilai lagi harganya. Lagi pun menurut kajian ekonomi harga emas tidak /jarang turun sama sekali. So sesiapa ada simpanan lebih tu beli la emas.Jangan sesekali melabur didalam sistam SCAM!..siasat dahulu sebelum melabur..

JOM KITA MELABUR @
gcp gold bar

Thursday, January 12, 2012

Tangguh SBPA lagik....

Hari ni kabinet memutuskan supaya menangguh pelaksanaan SBPA..tangguh dan kaji aku setuju..jangan saja2 tangguh tp tk da apa motif jalan penyelesaian.

Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam

G MANIMARAN
January 12, 2012
SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

kredit info click

Monday, January 9, 2012

1St Day Muhammad Iman @ Sekolah Tabika Perpaduan





Hari ni adalah hari pertama iman pg sekolah..dia sekolah tadika @ bawah rumah aku je kat Fasa 8 presint 9 Putrajaya. Di situ seramai 35 org murid sahaja..still cikgu2 under control murid..Tp masa aku pegi ..rupanya ada student yg tk mandi..alahai kesianya..awat la mak bapaknye tk training soh mandi pagi..sian dia..ada yg usung anak patung..pakai baju tido pun ade..sampai ke tengahari le pakai baju tido..nyanya jer.. Iman macam biasa la..hari ni tk subuh lg dah bangun..tp dok dalam bilik air setengah jam dok main ultraman..ambik mood nk mandi la konon.." Sejuk la ummi...." hmm lambat laa aku nk ngi keje . tp nasib awal..ckp dgn dia kawan dia mandi tk sejuk pun ..baru la nk mandi..esok lak tak tau macamana..pg jemput muka macam ngantuk je..ye la dh bgn kul 5.30 ..semangat nk sekolah . jgn esok dia ilang semangat da le..harap dan mudahan baik2 belaka..moga menjadi seorang yg cerdik dan beriman..amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...