Monday, December 12, 2011

Pertabalan YangDipertuan Agong Ke -14



Tahniah kepada Kebawah Duli yang maha mulia Tuanku Sultan Kedah , DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,diatas pertabalan sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia yg ke 14.Patik sebagai rakyat negeri di bawah payung nuangan tuanku mendoakan kesejahteraan tuanku diatas pertabalan ini. Amat berbangga dapat merasai pemerintahan Tuanku Sultan buat kali ke-2 dalam hidup .Moga Allah panjangkan usia Tuanku dan sultanah serta sekalian kaum kerabat negeri..amin..

RIWAYAT DAN SALASILAH TUANKU SULTAN KEDAH

TARIKH KEPUTERAAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.

SULTAN BERJIWA RAKYAT

Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Tuanku Sultan terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Tuanku Sultan, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda.

Tuanku Sultan juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat Baginda. Tuanku Sultan disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya.

SULTAN-SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN TEMPOH MEMERINTAH

1. Sultan Al-Muzaffar Shah - 43 tahun
2. Sultan Muadzam Shah - 22 tahun
3. Sultan Muhammad Shah - 35 tahun
4. Sultan Mazzil Shah/Mathal Shah- 44 tahun
5. Sultan Mahmud Shah I - 41 tahun
6. Sultan Ibrahim Shah- 52 tahun
7. Sultan Sulaiman Shah I- 49 tahun
8. Sultan Ataullah Muhammad Shah- 50 tahun
9. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah- 29 tahun
10. Sultan Mahmud Shah II- 40 tahun
11. Sultan Mudzaffar Shah II- 56 tahun
12. Sultan Sulaiman Shah II- 23 tahun
13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah- 26 tahun
14. Sultan Muhyiddin Mansur Shah- 10 tahun
15. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah- 26 tahun
16. Sultan Ataullah Muhammad Shah II- 11 tahun
17. Sultan Abdullah Al Muadzam Shah- 8 tahun
18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I- 3 tahun
19. Sultan Muhammad Jiwa Zainal-
Adilin Muadzam Shah II 68 tahun
20. Sultan Abdullah Mukarram Shah- 19 tahun
21. Sultan Tunku Dhiauddin Raja Muda Kayang- 6 tahun
22. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II - 40 tahun
23. Sultan Zainal Rasyid Al Muadzam Shah I- 11 tahun
24. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah - 25 tahun
25. Sultan Zainal Rasyid Al Muadzam Shah II- 2 tahun
26. Sultan Abdul Hamid Halim Shah- 62 tahun
27. Sultan Badlishah - 15 tahun
28. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah- 1958- hingga kini



Almarhum Sultan Badishah bergambar dengan Tunku Sofiah serta anakanda-anakanda Baginda

info @ kdymmtuankusultan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...