Monday, August 15, 2011

Kisah Mitos Sejarah Penjajah Portugis Untuk Di Kongsi...

Syukur hari ni di beri peluang lagi untuk aku menikmati hidup di dunia yang sementara ini..alhamdulillah...pagi2 tadi bangun sahur..sementara nk hilangkan rasa mengantuk..aku kena baca buku cerita yang best2 skit.. Pagi tadi aku baca kisah tentang penjajah postugis..Ada la jugak ilmu yg aku dapat hari ni. Kisahnya begini..
Masa dahulu setelah negeri Melaka berjaya ditawan portugis mereka masih bercita-cita besar nk menawan negeri melayu yang lain pulak. Mereka telah mengirim pengintip yang berjaya menyeledup hingga ke negeri Kedah. Laporan daripada pengintip ini menyebabkan pemimpin Portugis tidak meneruskan hasrat durjana mereka untuk menyerang negeri lain. Apa Yang Berlaku di Kedah hingga pemimpin Portugis membatalkan hasrat mereka untuk penaklukan mereka itu..????
Ni lah kisahnya..seorang pengintip Portugis yang menyamar sebagai seorang yang bisu berhenti di salah sebuah warung kopi di negeri Kedah ni. Dia hampir pengsan apabila mendengar sapaan ramai pengunjung warung itu kepadanya..Antaranya " Hang ni sapa???" " Hang bisu ka..??" " Hang nak makan apa??" " Hang nak minum apa??" " Hang mai mana ni???" " Hang nak pi mana???" macam-macam lagi sapaan mereka..biasa la orang kedah kan ramah tamah terlebih..hehe . Setelah mendengar sapaan mereka semua tadi, pengintip ini bergegas pulang dan memberi laporan detail kepada pegawai atasan serta menasihati mereka...." usahlah tuan bercita-cita hendak menawan negeri lain. Di negeri Kedah itu sahaja pun pasti kita akan kalah kerana di Melaka dulu hanya dengan lima (5) Hang sahaja yakni Hang Tuah..Hang Jebat..Hang Lekiu..Hang Kasturi dan Hang Lekir pun kita mengambil masa yang lama untuk menawan Melaka. Inikan pula kita nak berdepan dengan Hang ni sapa, Hang bisu ka, Hang nak pi mana, dan lain-lain lagi. " Demikianlah kisahnya....negeri Kedah terselamat lantaran bahasanya... hehe..begitulah kisahnya wallahua'lam. Moga Selamat Hendaknya negeri Kedah hingga akhirat..amin..

Pengajarannye... " Perkasa Bahasa Perkasa Bangsa..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...